Pancingan Di Belungkur Kota Tinggi

•Mei 31, 2008 • Tinggalkan Komen

Trip sengkat selama 12 jam ini disertai oleh Baharin, zakaria dan saya sendiri. Trip ini diadakan pada 01/04/2008 waktu air kecik, trip ini bermula dengan menyewa sebuah bot berkuasa 15 kuda dari En AH KAW. Dari jeti Ah Kaw yang terletak di Kong Kong kami menuju ke Sg Beneram untuk mendapatkan bekalan udang hidip dari seorang pembekal di sana. umpan yang digunakan untuk trip kali ini adalah udang hidup, ruat dan sedikit udang kopek yang dibeli di pasar. Hentian pertama kami adalah di tiang jambatan baru yang menghubungkan Pasir Gudang dan Desaru. Untuk trip kali ini saya menggunakan 2 batang jiran kegemaran saya iaitu joran abu garsia PE1-3 yang digandingkan dgn shimano navi 6000 PG dan lemax platinum yang digandingkan dengan shimano shina 4000, Baharin dan zakaria juga menggunakan 2 batang joran seorang kerna kami dah sepakat untuk hanya menggunakan 2 batang joran seorang. Setibanya kami di situ air mula menunjukan akan surut. saya pun menurunkan kedua2 joran kegemaran saya dgn satu berumpankan udang hidup dan satu lagi berumpankan ruat. Untuk umpan udang hidup saya menggunakan perambut sepanjang sedepa dan untuk ruat pula saya menggunakan perambut ala2 yoyo yang mana batu ladung duduk di bawah dan 2 matakail terjuntai di atas. Umpan udang hidup pertama saya dibaham oleh sesuatu dengan ganas tetapi malang rabut, takpe umpan banyak kita labuhkan lagi. Untuk umpan ruat pula saya dapat mendaratkan beberapa ekor tetanda bersais tapak tangan. Tiba2 juran abu garsia conolon melentor memandakan umpan udang hidup telah dibaham oleh mangsa. Tampa berlengah lagi saya menyentap dengan kuat, nyata lah matakail telah tertancap kukuh di mulut sang ikan. setelah hampir 5 min bertarung seakor kerapu bersais 2 kg berjaya didaratkan. selepas itu tiada lagi rentapan ganas dari sang ikan, ini mungkin kerana air surut sudah mula bergerak laju. Sebenarnya perhentian pertama ini hanya untuk menunggu air pasang kerana tujuan sebenar kami adalah belungkur yang mana terdapat banyak gugusan karang yang akan kami terokai. Setelah beberapa kali berpindah ahirnya waktu yang ditunggu hampir tiba. Kami pun memecut bot berkuasa 15 kuda ini ke belungkur, masa yang diambil dari jeti AH KUW ke belungkur adalah lebihkrang 30 min. Kami memilih untuk berhenti di sebuah pulau berbatu kecil yang terletak berhadapan jeti feri belungkur. Di sini kami tidak perlu menunggu lama untuk mendaratkan ikan, pantang taruk makan saja . Di sini kami berpesta kerapu, bermacan jenis dan sais yang kami perolehi disini dengan berumpankan udang hidup dan udang kopek. Perhentian kami yang seterusnya adalah di dalam sungai baur, di sini kami mengharapkan siakap sudi menjamah umpan udang hidup yang kami hidangkan. Tetapi malang nasib kami kerana tiada seakorpun yang sudi menjamah, hanya beberapa ekor tetanda dan anak kerapu yang kami perolehi. Setelah hampir 2 jam kami didalam sungai Baur, kami pun menuju ke sebuah togok kepunyaan En Kain menurut kata seorang nelayan yang memasang bubu di sg Baur yang kebetulan sahabat kepada En Baharin di togok ini terdapat tetanda yang bersais 1 ke3 kg di situ. Oleh kerana Baharin adalah anak jati kampung Pasir Gogok Belungkur kami tidak mengambil masa yang lama untuk ke tempat yang dinyatakan oleh sahabatnya. OPS pancing dasarpun bermula sekalilagi, disini Baharin menjadi orang pertama yang mendaratkan ikan, seakor ketarap bersais 1.3 kg berjaya ditewaskan dengan berumpankan ruat. Kemudian zakaria pula mendaratkan kerapu bersais 500 grem dengan berumpankan udang hidup kemudian saya pula memdaratkan kerapu bersais 1 kg dengan udang hidup. Setelagh itu kami bersikihganti mendaratkan kerapu dan ketarap disitu. Nampak gaya takdapat la kami merasa tarikan tetanda yang bersais 3 kg kerana umpan sudah low level. Udang hidip terahir pada trip kali ini dipercayakan kepada saya, tampa berlengah lagi saya melontar umpan kearah togok setelah 5 min berlabuh saya lihat hujung joran saya berdetik lembut, dalam hati saya berkata abis la umpan terahir aku ni dikacau oleh anak ikan. Tapi kata orang rezeki di tangan tuhan tiba2 joran abugarsia conolon PE 1-3 yang digandingkan dengan shimano NAVI 6000 PG melentur kuat, dan tampa melengahkan masa saya membalas dengan satu sembatan yang padu untuk mengelakan rabut terjadi lagi. setelah hampir 15 min pertarungan, ikan nenunjukan yang ia mula melemah Baharin dan Zakaria telah sedia dengan sauk untuk menanguk ikan. Setelah ikan berjaya dihela ketepi sampan barulah saya tau yang ianya seakor ketarap bersais 4.5 kg. Dan itulah ikan terahirkami untuk trip kali ini. setelah jam menunjukan pukul 18:30 kamipun bertolak pulang ke jeti Ah Kaw.

Check out my Slide Show!

•Mei 31, 2008 • Tinggalkan Komen

cara buat duit dengan tidak perlu modal

•Mac 7, 2008 • 1 Komen

Hari ini saya akan bercerita tentang satu sistem buat duit dengan tidak perlukan modal. Programe ini diberi nama Xfactor Affiliate, Ianya memang sukar dipercayai tetapi hakikatnya seorang pemuda
berusia 26 tahun sedang mendedahkan rahsianya bagaimana beliau
berjaya membeli dua buah kereta mewah Ferrari, rumah bernilai jutaan
ringgit dan perahu layar super hanya dalam masa 12 bulan.

Bagaimana dia melakukannya?

Dia menggunakan kuasa pemasaran affiliate. Kalau anda tak biasa
dengan istilah ini, pemasaran affiliate bermaksud menjadi agen
jualan dengan memasarkan produk orang lain. Ya kita tak semestinya
ada produk sendiri untuk mencari kekayaan melalui internet

Bagaimana pula dia menguasai pemasaran affiliate ni?

Anda boleh mengetahuinya dengan mendapatkan laporan percuma yang
ditulis sendiri oleh pemuda ini di:

http://xfactoraffiliate.com/go.php/70264

Pemuda ini juga menawarkan US$1.00 bagi setiap pendaftaran dan US$0.50 bagi level ke 2untuk mendapatkan laporan ini. Kalau berminat, dapatkan link anda
& sebarkanlah maklumat ini.
Disebabkan ramai yang sukakan benda
percuma. Ini adalah produk yang tepat
untuk anda.

Download laporan ini dan promosikannya
untuk komisyen USD$1 bagi setiap referral.
http://xfactoraffiliate.com/go.php/70264

selamat mencuba………….

memancing di kelong anak sedili

•Januari 6, 2008 • 1 Komen

Assalamualaikum

setelah sekian lama tidak menulis hari ini aku akan becerita  tentang sebuah rakit yang terletak di sunggai layang pasir gudang.Setelah sekian lama tidak turun memancing, dek kerana musim tengkujuh. hari ini aku turun memancing dengan seorang sahabatku Azar. memandangkan trip ini adalah trip bidan terjun so banyak pekara penting yang aku abaikan. Salah satunya,masa pasang surut air. Setibanya aku di tempat yang dituju air sudah mula surut laju, so terpaksalah aku dan Azar menggunakan saiz batu ladung yang besar. Oleh kerana air terlalu laju so faham2 je la mana ada ikan. Jadi nasihat aku pada semua, kaji dulu waktu pasang surut air sebelum turun memancing. Untuk menyemak jadual pasang surut air sila klik link ini jadual air. Setelah jam 5 petang baru lah air beranser pelahan dan akan bertukar ke kedudukan air pasang. tetapi sekali lagi kami ditimpa nasib malang coz sebaik saja air hendak bertukar dari surut ke pasang, hujan pula turun dengan lebat. dan pada jam 7 malam hujan barulah hujan berhenti. Aku dan Azar pun mengambil keputusan untuk pulang kerana pada malamnya kami ada urusan peribadi masing. Hasil kami pada trip kali ini hanyalah beberapa ekor bebolos dan seekor duri. Yang lain terdiri dari ikan pengacau seperti buntal dan anak2 mengkirong. So trip kali ini aku golongkan pada trip2 yang hampeh……………

Check out my Slide Show!

•Disember 15, 2007 • Tinggalkan Komen

soni ericsson k810i

•Disember 9, 2007 • Tinggalkan Komen

Sony Ericsson K810i is Going to be My New Toy

Posted: 01 Dec 2007 05:49 AM CST

Sony Ericsson K810

As the title says, I’m going to get a new set of Sony Ericsson K810i as my new hand phone cum camera (though we have a 5.1MP Canon PowerShot A95). I know this is not the best hand phone with the latest features but at least it is going to be readily available wherever and whenever i need to take pictures (for my blog). It is economical and considered cheap for its value. After all, presently, I don’t think I’m going to use the 3G, radio, MMS, email, MP3 and other features. What do you think of it?

 

* If you enjoy this post; or this blog, make sure you don’t miss any updates by subscribing by Email or RSS.

** Want to exchange link? Feel free to do so > Contact me.

You are subscribed to email updates from zakiyamani.com
To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email Delivery powered by FeedBurner
Inbox too full? (feed) Subscribe to the feed version of zakiyamani.com in a feed reader.
If you prefer to unsubscribe via postal mail, write to: zakiyamani.com, c/o FeedBurner, 20 W Kinzie, 9th Floor, Chicago IL USA 60610

MUSIM TENGKUJUH

•Disember 9, 2007 • Tinggalkan Komen

Assalamualaikum………….

hari ini aku nak cite pasal musim tengkujuh, biasalah bila tiba musim tengkujuh ramai kaki pancing yang mengeluh tak dapat melepaskan gian untuk memancing. Aku sendiri pun sama, set conolon yang aku gandingkan dengan kili shimano navi pun dah lama tegantung kat bilik. Nak buat cam mana keselamatan lebih penting dari hobi. Di pasir gudang boleh kata setiap hari hujan, dan mengikut ramalan kaji cuaca sampai hari selasa hujan akan turun. Jadi aku berpesan kepada pemancing2 semua agar tidak turun ke laut pada musim sebegini. Ingat lah org tersayang jangan asik mementingkan hobi saja. Kalau dah gian sangat cari lah tempat2 yang selamat untuk memancing contoh di tepi2 pantai atau pun di tepi2 sungai yang ramai pengunjung. contoh terbaik seperti di tepi sungai kuantan, tempatnya menarik dan terdapat pagar di tebing sungai. Dalam keluaran buku panncing yang terbaru ada menceritakan tentang pemancingan dari tebing sungai kuantan ini. di sini terdapat sebuah kapal karam yang mana tempat siakap2 singah untuk mencari anak2 ikan dan udang untuk makanan mereka. Jadi bagi saya ia adalah satu spot yang menarik untuk memancing di sini. Jadi apa tunggu lagi dari anda memerbahayakan diri dgn turun ke laut dengan keadaan ombak besar dan angin kencang degini lebih baik anda memilih utk memancing di sini. Untuk penerangan lebih lanjut tentang tempat ini dapatkan lah majalah pancing anda hari ini.