Pancingan Di Belungkur Kota Tinggi

Trip sengkat selama 12 jam ini disertai oleh Baharin, zakaria dan saya sendiri. Trip ini diadakan pada 01/04/2008 waktu air kecik, trip ini bermula dengan menyewa sebuah bot berkuasa 15 kuda dari En AH KAW. Dari jeti Ah Kaw yang terletak di Kong Kong kami menuju ke Sg Beneram untuk mendapatkan bekalan udang hidip dari seorang pembekal di sana. umpan yang digunakan untuk trip kali ini adalah udang hidup, ruat dan sedikit udang kopek yang dibeli di pasar. Hentian pertama kami adalah di tiang jambatan baru yang menghubungkan Pasir Gudang dan Desaru. Untuk trip kali ini saya menggunakan 2 batang jiran kegemaran saya iaitu joran abu garsia PE1-3 yang digandingkan dgn shimano navi 6000 PG dan lemax platinum yang digandingkan dengan shimano shina 4000, Baharin dan zakaria juga menggunakan 2 batang joran seorang kerna kami dah sepakat untuk hanya menggunakan 2 batang joran seorang. Setibanya kami di situ air mula menunjukan akan surut. saya pun menurunkan kedua2 joran kegemaran saya dgn satu berumpankan udang hidup dan satu lagi berumpankan ruat. Untuk umpan udang hidup saya menggunakan perambut sepanjang sedepa dan untuk ruat pula saya menggunakan perambut ala2 yoyo yang mana batu ladung duduk di bawah dan 2 matakail terjuntai di atas. Umpan udang hidup pertama saya dibaham oleh sesuatu dengan ganas tetapi malang rabut, takpe umpan banyak kita labuhkan lagi. Untuk umpan ruat pula saya dapat mendaratkan beberapa ekor tetanda bersais tapak tangan. Tiba2 juran abu garsia conolon melentor memandakan umpan udang hidup telah dibaham oleh mangsa. Tampa berlengah lagi saya menyentap dengan kuat, nyata lah matakail telah tertancap kukuh di mulut sang ikan. setelah hampir 5 min bertarung seakor kerapu bersais 2 kg berjaya didaratkan. selepas itu tiada lagi rentapan ganas dari sang ikan, ini mungkin kerana air surut sudah mula bergerak laju. Sebenarnya perhentian pertama ini hanya untuk menunggu air pasang kerana tujuan sebenar kami adalah belungkur yang mana terdapat banyak gugusan karang yang akan kami terokai. Setelah beberapa kali berpindah ahirnya waktu yang ditunggu hampir tiba. Kami pun memecut bot berkuasa 15 kuda ini ke belungkur, masa yang diambil dari jeti AH KUW ke belungkur adalah lebihkrang 30 min. Kami memilih untuk berhenti di sebuah pulau berbatu kecil yang terletak berhadapan jeti feri belungkur. Di sini kami tidak perlu menunggu lama untuk mendaratkan ikan, pantang taruk makan saja . Di sini kami berpesta kerapu, bermacan jenis dan sais yang kami perolehi disini dengan berumpankan udang hidup dan udang kopek. Perhentian kami yang seterusnya adalah di dalam sungai baur, di sini kami mengharapkan siakap sudi menjamah umpan udang hidup yang kami hidangkan. Tetapi malang nasib kami kerana tiada seakorpun yang sudi menjamah, hanya beberapa ekor tetanda dan anak kerapu yang kami perolehi. Setelah hampir 2 jam kami didalam sungai Baur, kami pun menuju ke sebuah togok kepunyaan En Kain menurut kata seorang nelayan yang memasang bubu di sg Baur yang kebetulan sahabat kepada En Baharin di togok ini terdapat tetanda yang bersais 1 ke3 kg di situ. Oleh kerana Baharin adalah anak jati kampung Pasir Gogok Belungkur kami tidak mengambil masa yang lama untuk ke tempat yang dinyatakan oleh sahabatnya. OPS pancing dasarpun bermula sekalilagi, disini Baharin menjadi orang pertama yang mendaratkan ikan, seakor ketarap bersais 1.3 kg berjaya ditewaskan dengan berumpankan ruat. Kemudian zakaria pula mendaratkan kerapu bersais 500 grem dengan berumpankan udang hidup kemudian saya pula memdaratkan kerapu bersais 1 kg dengan udang hidup. Setelagh itu kami bersikihganti mendaratkan kerapu dan ketarap disitu. Nampak gaya takdapat la kami merasa tarikan tetanda yang bersais 3 kg kerana umpan sudah low level. Udang hidip terahir pada trip kali ini dipercayakan kepada saya, tampa berlengah lagi saya melontar umpan kearah togok setelah 5 min berlabuh saya lihat hujung joran saya berdetik lembut, dalam hati saya berkata abis la umpan terahir aku ni dikacau oleh anak ikan. Tapi kata orang rezeki di tangan tuhan tiba2 joran abugarsia conolon PE 1-3 yang digandingkan dengan shimano NAVI 6000 PG melentur kuat, dan tampa melengahkan masa saya membalas dengan satu sembatan yang padu untuk mengelakan rabut terjadi lagi. setelah hampir 15 min pertarungan, ikan nenunjukan yang ia mula melemah Baharin dan Zakaria telah sedia dengan sauk untuk menanguk ikan. Setelah ikan berjaya dihela ketepi sampan barulah saya tau yang ianya seakor ketarap bersais 4.5 kg. Dan itulah ikan terahirkami untuk trip kali ini. setelah jam menunjukan pukul 18:30 kamipun bertolak pulang ke jeti Ah Kaw.

Advertisements

~ oleh yaziz di Mei 31, 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: